suzy

suzy

Monday 15 August 2011

Dulu Cermin Mata,Kini Kanta lekap

Hahhahah,,mcm kena je ayat tu dengan aku,yela dulu aku guna cermin  mata je,skung dh gne kanta lekap.Meh sni aku terangkan sikit pasal cermin mata dengan kanta lekap ni.
CERMIN MATA
Seperti yang telah dijelaskan,pemakaian cermin mata rabun berfungsi untuk memulihkan masalah rabun jauh mahupun rabun dekat. Namun apa yang membuatkan cermin mata kini menjadi pilihan kedua dan apa yang membuatkan kamu masih memilih cermin mata untuk membantu menjelaskan pandangan kamu???
PRO
  • Penggunaannya lebih praktikal
  • sungguhpun ianya agak mahal mengikut `power` penglihatan seseorang,namun ianya mampu bertahan untuk jangka masa yang lama.
  • Penggunaannya tidak memerlukan penjagaan yang begitu rapi.
  • boleh dibawa dan pikai ke mana sahaja.
  • mudah dijaga.
KONTRA
  • Muka kelihatan lebih `nerd` berbanding wajah asal.
  • Kerap memakai cermin mata akan menyebabkan kesan hitam di kiri dan kanan batang hidung
  • kurangnya daya tarikan
  • pemakaiannya jelas kelihatan
  • salah pilih bentuk cermin mata yang sesuai mengikut wajah kamu,muka akan kelihatn pelik!.
KANTA LEKAP
Di awal kemunculan kanta lekap,ianya berfungsi sama seperti cermin mata. Namun kini ia juga dijadikan sebagai sebahgaian daripada aksesori. Namun bagi kamu yang rabun dan memilih kanta lekap sebagai pengganti cermin mata,pastikan dahulu pro dan kontranya.
PRO
  • Lebih kemas
  • terdapat variasi warna bagi kamu yang inginkan kelainan.
  • Kanta lekap juga digunakan atas tujuan terapeutik ataupun kaedah rawatan bagi beberapa masalah mata.
  • orang disekeliling mungkin tidak tahu kamu mempunyai masalah penglihatan memandangkan pemakaian kanta lekap tidak kelihatan.
  • pemakaiannya yang agak rumit dan perlukan penjagaan rapi mampu mendisiplinkan kamu dalam penjagaan mata
KONTRA
  • Ianya amat sensitif
  • penggunaannya perlukan penjagaan yang cukup rapi. Dan mengikut tempoh masa tertentu
  • mudah berlaku jangkitan pada mata jika tidak dijaga debgan betul.
  • jika jangkitan dibiarkan,maslah kesihatan mata individu akan terjejas risiko mata akan menjadi bertambah teruk dan lebih bermasalah
  • pemakaian produk yang murah mampu memberi risiko yang tinggi terhadap mata.
Tip penting buat kamoO si penggemar kanta lekap
  • Basuh tangan setiap kali ingin menukar atau memakai kanta lekap.
  • jangan berkongsi/meminjam/meminjamkan kanta lekap dengan orang lain.
  • gunakan sabun lembut yang tidak mengandungi pewangi,minyak atau mengandungi bahan lanolin.
  • elakkan daripada membeli kanta lekap murah.
  • jangan sekali-kali memakai kanta lekap ketika tidur.





 

No comments:

Post a Comment